BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 23 May 2010

hen party~

salam..

hoyeeaahhhh
semalam adalah bacholerette party or hen party kuuuuu
di orrganize oleh housemates2 ku..

fuuhh sungguh dasat sekali
whatever it is..whatever happens in the party, stays in the party
hahahahhahhaha

nanti upload lagi untuk gambar2 yer..
bye~~~




wassalam

Wednesday 12 May 2010

entry bergambar~

salam..

dah lama tak buat entry bergambar kan..
ni nak bubuh gambar2 yang sangat berterabur dan sungguh lama jangka hayatnya

layan je la yer~

jumpe ni dalam lab..aikk mak saya ada kat sini ke??hihi

spring is here. bunga2 sudah keluar dah

saya nak perfume ni.summer collection year 2009

labwork yang sangat padat sebelum nak balik malaysia ni *sigh*

ha tu je lah..
huhu


wassalam

Sunday 9 May 2010

kasih ibu bawa ke syurga~

salam semua..

nak bagi warning dulu..entry ni bakal melelehkan air mata anda kalau di baca dengan mata hati :)

---------------------------------------------------------------------------------

saya baru je lepas baca berita2 di harian metro online
sangat mengejutkan apabila ada 4 kes yang melibatkan seorang ibu didera anaknya sendiri
meh saya bagi rumusan je la yer..nak post kat sini panjang la sangat pulak

Kes 1:
seorang ibu yang tumpang duduk di rumah anak dan menantu nya setelah kematian suami
sejak itu, die selalu sakit2 dan pening kepale dan sakit2 badan
menantu die bawa pergi jumpa bomoh dan bomoh cakap ibu ni bela hantu raya
ibu ni cakap memang die tak bela tapi anak dan menantu tak percaya
beginilah bile bomoh lagi dipercayai dari ibu sendiri
ibu tu dikurung selama 6 bulan..makan 1kali waktu pagi dan 1kali waktu malam
suatu hari, anak cakap pada ibu kononnya nak bawa pergi berubat, tapi rupa2nya dihantar ke pusat jagaan orang tua..
bile diinterview..ibu tu cakap.."Hanya Allah tahu perasaan saya, tetapi saya selalu berdoa semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan saya sedia memaafkan mereka"

Kes 2:
Seorang ibu dan ayah yang terlalu sayangkan anak dia(lelaki)
telah diberitahu oleh bekas menantu yang anak die tu terlibat dgn dadah
tapi sebab terlalu sayangkan..tak pula percaya kata2 bekas menantu tu..
suatu hari anak die tu tgh bawah pengaruh pil kuda dan dgn tiba2 menyerang ibu tu dengan sebilah pisau
ibu yang dah tua ni berusaha jugak nak melawan dengan menahan gunakan tangan sendiri
ibu tu kene 15jahitan..ayah tu pula dipukul dengan kayu besbol sehingga ibu dan ayah terlantar di hospital selama seminggu
lepas kejadian tu, anak die tu masuk penjara sebab dadah ni..
apabila diinterview..ibu cakap "Sempena Hari Ibu, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga Zul insaf sebaik dibebaskan dan sebagai ibu, saya sentiasa memaafkannya walaupun parut di lengan masih berbekas"

Kes 3:
“BIAR kau mampus cepat, orang tua!”
ada ke patut seorang anak cakap camni pada ibunya?
semua ni gara2 apabila anak yang dibawah pengaruh dadah minta duit rm100 pada ibu
ibu enggan beri sebab tahu akan digunakan duit tu pada dadah
dengan tiba2, anak tu serang ibu dari belakang, naik belakang ibu tu, tarik rambut dan hantuk kepala ibu ke lantai bertalu-talu
rayuan ibu supaya berhenti tak di endahkan
sampai lebam2 muka dan hidung..sampai hidungnya berdarah..
nasib baik suaminya balik time tu dan selamatkan ibu tu..
anak tu larikan diri dan pulang ke rumah seminggu kemudian..
reaksi ibu? .....masih menerima anaknya itu
sekarang anaknya kerja di KL dan pulang waktu raya..
reaksi ibu?...masih jugak terima anak tu..
pelik tetapi benar

Kes 4:
Ada anak lelaki tiga orang..tapi ibu ni tetap tak dihiraukan..
akhirnya si ibu mengambil anak angkat perempuan dan menjaga dr kecil sehingga besar..
tapi..anak tu dengan selambanya meninggalkan ibu tu di perhentian bas cam tu je
bayangkanlah si ibu tu menjerit2 panggil nama anak tu, tapi anak tu cepat2 pecut kereta..
jahat punya anak!
kata2 akhir ibu tu?
"dia sudi menerima semula mereka biarpun selepas apa mereka lakukan terhadapnya kerana baginya, mereka itulah hartanya di dunia dan akhirat."

--------------------------------------------------------------

To my dearest and my only mak :)

kakak minta maaf semua salah silap dosa besar dosa kecil kakak pernah buat kat mak
mak pernah gaduh dengan kakak
mak pernah nangis sebab kakak
mak pernah sakit hati dengan kakak
ape lagi yang mak tak pernah?

we had this conversation yang mana mak cakap bila dah tua nanti mak suruh hantar je ke rumah orang2 tua
and i said from the most bottom of the bottom of my heart yang kakak nak mak duduk je dengan kakak..walopon kakak nampak bergurau, tapi kakak memang serius ni mak tau..
kalau suami kakak tak izinkan..kakak akan pujuk die jugak..(time tu tak tahu lagi siapa la suami kakak nanti kan)
tapi mak bakal dapat menantu yang sangaaatttt baik..terlalu baik, mak..
dan yang penting, die memahami ajaran islam more than we do..so insyaAllah kebajikan kita semua terjaga dan semoga kita semua boleh menarik ahli keluarga ke dalam syurga sama2 insyaAllah..
tak salah pilihan mak, babah dan kakak kali ni..sungguh indah dan tenang hati ni bila jodoh pilihan Allah dituruti..

Mak dah banyak tolong kakak dalam menempuh hidup ni..
akak ingat lagi bile dapat offer MRSM, mak listkan pros and cons masuk MRSM..
tapi nampak sangat mak bias suruh kakak masuk MRSM tu hehe
bila kakak dah masuk..teman tidur mak tu(babah ler) cakap tiap2 malam bantal mak basah hihi
mak sanggup ulang alik muar-muadzam shah hujung minggu semata2 nak jenguk kakak..

dah habis SPM, kakak dapat offer pergi US..
punya la mak happy..since then kakak dah cakap dalam hati
"kakak nak bagi segulung ijazah pada mak sebagai nak balas jasa"
since course kakak tu 4tahun..rasa lambat sangatla pulak nak bagi ijazah kat mak kan..
jadi kakak sanggup cepatkan course tu dari 4tahun ke 3tahun saje..sbb dah tak sabar2 nak bagi ijazah kat mak ni..nak tengok mak happy :)
ternyata BSc in Biotechnology (High Honors) memang sangat berbaloi..tapi kakak sedar..
tak cukup pun nak balas jasa mak semua dgn ijazah je..jadi bila mak dtg utk graduation kakak..kakak belanja mak sesetengah perkara..sebab kakak dah kerja cukup2 dan kumpul duit nak belanja family yang sanggup berhabisan duit utk dtg US..

oh bile kakak di hospital utk surgery tu..mak sanggup tidur dan teman kakak malam2 di hospital
dahla tidur dengan tidak sempurna..kakak pulak mlm2 setiap 2jam kene bangun gi toilet..
takleh bangun sorang2..terpaksala kejut mak..ada satu kali tu..mak lena sangat..kakak panggil mak tak dengar..
kakak takleh bangun..kakak try jugak..tp sakit sangat..so kakak terpaksa pakai kaki kakak utk kejut mak..percayalah mak..sedih dan rasa bersalah sgt guna kaki kt mak camtu..kakak minta maaf yer mak ..

kemudian bila dapat sambung PhD terus..apa lagi..mak lagiiii la happy kan..mak lagi excited dari kakak hehe kakak macam takde perasaan pun apa2..tapi when i knew dengan terima offer ni akan buat mak happy..kakak pun terima lah..tp mak jangan salah paham pulak..
kakak sambung belajar ni utk cari keredhaan Allah..dan keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa jugak kan?

alhamdulillah kat sini kakak bertemu jodoh kakak..
babah pernah cakap "rasa tak pernah puas lagi bela kakak..tup tup dah nak kahwin"
im sure mak pun rasa macam tu kan? tak pe mak babah..u r doing the right thing..
dlm Islam ni..ada 3 perkara yang tak patut dilengahkan:
1)masuk waktu solat, kene cepat terus solat
2)jenazah yang sudah siap, kene cepat terus kebumi
3)anak perempuan yang sudah baligh dan bersedia, kahwinkanlah mereka

apatah lagi kakak disunting oleh seorang lelaki menepati ciri2 pasangan seperti nabi ckp dlm hadisnya:
1)agamanya - insyaAllah die ok bab ni
2)hartanya - ade ni insyaAllah
3)baik paras rupa - eh hensem tau die ni mak hehe
4)kelurga baik2 - babah pun kenal papa naqiu kan

anyway..sempena hari ibu ni..kakak nak cakap
kakak sayanggggg mak sangat2..no one can replace you
kakak tak sabar nak habis belajar dan duduk dekat dengan mak
dah tak larat nak menahan homesick bila tengah2 sakit ni
i know sepanjang hidup kakak ni banyak dah kakak mintak mak..
but i have this one request..
Please dont stop loving me yer mak :)

I LOVE U~

wassalam

Saturday 1 May 2010

kisah hidup boiler~

salam..

sy rasa kwn2 blogger sy patut tahu ape yang saya alami beberapa hari ni
jadi kalau saya tak layan korang ke..below is the answer :)
ni adalah emel pada housemates ku ttg kekecewaan pd org2 UK yg bengap!(tak semua la)



salam semua..

Ingin saya merayu pada rakan2 tolong contact plumber bernama Steve di no 07709538779. I believe yang saya sudah kurang sabar dengan kerenah mereka2 ni. Izinkan saya meluahkan perasaan saya yang terpendam dengan gelegat mereka ni untuk satu minggu ni.

Kita dah tiada hot water for about 2 weeks now.Earlier, kita cuba kol mr naim and wife tapi tak dapat je kan.so byk la spekulasi samada stranded di pakistan la,hidup lagi ke tak mereka tu huhu rupenye2 on 25th april(sunday) die kol saya dan cakap die baru balik dr Amerika.of course la kan stranded.so berterima kasih pd mr naim yg baik hati contact kite right after he reached home.

On 26th april(monday), die hantar mr les untuk tengok apa problem nya.terima kasih pada mekyu yang teman encik les di kala die sedang busy exam.mr les cakap problemnya adalah valve kita dah rosak.jadi die cakap akan suruh steve order and fix it.ok la kan dah tau ape problem nya.

28th april(wednesday),mr naim kol saya dlm pukul 8.30pm tanya saya di mana.rupenye steve datang rumah kita dan ketuk2 tapi takde siapa yang bukak pintu. so saya pun kol semua orang and to my dissapointment, tiada siapa pun yang menjawab.takpela.masing2 busy kan atau masing2 nak mengelak saya huhu.jadi saya bergegas pulang ke rumah untuk cater steve tu tp malangnya steve tak boleh nak tunggu.mungkin die tak boleh nak tahan nak berak kot.mintak tunggu 15min pun tak boleh!

sebenarnya steve tu dah datang time afternoon.memang takde siapa la kan kat rumah.so mr naim cakap datang petang2 sikit.tapi masalahnya nape naim or steve tak bagitahu kita dulu?tak reti2 nak tepon ke?ade 5 orang dlm rumah ni yang boleh die beritahu.pilih je gadis mane yang die nak.aii tak cukup menggoda lagi ke kite ni?so saya buat appointment baru iaitu 29th april(khamis) pd pukul 9pm.

on 29th april (khamis), saya kol steve pada pukul 830pm utk confirmkan die dtg.tp i couldnt get through.i tried calling mr naim,tak dapat jugak.i kept trying for 1 hour, for god sake!akhirnya pukul 930pm dpt kol naim and sy ckp steve xdtg lagi.jd die kol steve and steve cakap die on the way.then sy kol steve and steve ckp die di kitchen rumah DIA nak makan dinner.boleh tak?????
die kata akan datang in an hour.maknanya dlm pukul 1030pm.korang agak2 percaya ke die akan dtg pukul 1030pm?so sy cakap..tak boleh! it's too late!jadi buat appointment baru iaitu today 30th april pukul 6pm.

sementara tu sy bincang jugak masalah boiler ni dlm telepon.saya cakap la "how long do u think will take to fix this?" korang tau tak die cakap ape? "i dont know, i have to see it to know what the problem is". aduhai.kata haritu les cakap problem nye adalah valve dan akan suruh steve order.steve cakap les tak cakap pape pada dia.jadi korang paham tak kenapa saya marah dan bengang?les dah datang dan cakap valve problem.steve pun akan datang jugak dan for sure akan ckp "ha'ah la valve yg rosak.sy order dulu la" <---itu kalau die pandai ckp melayu la kan. berapa ramai lagi plumber nak dtg and confirmkan valve yg rosak?sy yg bodoh bab2 ni pun boleh cakap VALVE yang rosak!ok fine..tarik napas..sambung cite..

today pukul 5.30pm sy kol steve untuk remindkan dia.die ckp die datang pukul 6.30pm.saya sudah hilang sabar.menggigil tangan pegang henpon sbb rasa macam nak baling je.i cakap kat dia "ok 6.30 is fine but please make sure u come at 6.30.we cant wait any longer" itu dah habis baik la tu saya cakap. time saya tulis ni sudah pukul 7.11pm tepat.saya dah tak terdaya nak kol die.bukan takut kredit/free minutes habis.tapi saya takut saya akan berkasar dan rude pada dia.

saya banyak korban masa dan tenaga dan brain capacity utk mende2 remeh camni yang boleh setel sekejap je.kita semua banyak kerja kan.saya paham tu.tambah pulak sy dh nak balik mesia.kerja utk 3 minggu time kat mesia tu saya kene pulun dulu.i cant afford to waste my precious time anymore.sy dah jadi orang jahat skang gara2 selalu menyumpah mereka2 ni.

selama sy hidup di US selama 3thn,tak pernah pun sy ingat pengalaman ngeri mcm ni.customer service mereka sgt bagus n mantap.no wonder mereka adalah negara maju.i taknak komen pada ape US buat pd agama kita(isu sensitif) tp from a differenet point of view, we all agree (at least i do) yg US mantap sebab attitude mereka pada kerja sgt bagus.saya baru sahaja setahun lebih sikit di UK, tp pengalaman ngeri macam ni yang buat sy benci UK!sy benci org2 UK(some of them)!pengalaman mencari2 rumah,deal dengan company tiscali,british gas and united utilities time nak buke account ni..semua saya yang buat.semua pengalaman tak best!not at all.

lagi satu yang sy nampak beza ketara US and UK adelah punctuality. kalau org US cakap meeting pukul 10am,semua org akan ada di sana 5mins earlier.pukul 10am terus start dengan agenda meeting.tapi kat UK ni, pukul 10 la baru nak terkedek2 pergi.pastu siap nak tunggu org 10min lagi la.pastu bile start mukadimah die panjang betul.

saya tak salahkan malaysia kalau org2 malaysia lembap and tak punctual.sebab ni semua influence UK.mereka jajah kita dulu kini selamanya.ini hanyalah tuduhan furzani seorang.tak akan dibincangkan any further ok?

oleh itu,sy minta sangat ya Allah,bantulah kami di 49 haydn avenue ni, dan tolonglah supaya furzani tak bertembung dengan steve ni.sebab furzani tak tahu apa yang furzani akan lakukan bile ternampak steve tu nanti..nauzubillah..

tolong yer rakan2~sy sangat depress sekarang ni..still cant believe when i realized i just googled anti-depressant pills. please pray for me~

wassalam

Love,
Furzani yang dah rasa lega sikit :)







wassalam!