BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 28 June 2010

life as a Mrs. ~

salam semua..

kami tengah tengok match Portugal-Spain sekarang ni
sambil2 nak tunggu goal tu..kite blog dulu yer
lama betul tak blog
saya tengok bola ni nak usha si mamat ronaldo jeeee
hihihi

yang nak cerita nya..
banyak betul perbezaan sebelum dan selepas kawen ni yek..
ni adalah beberapa perbezaan yang dapat dikemukakan dan dapat ingat dalam waktu ni

1)kejut bangun subuh dijalankan oleh si suami - adalah cara die nak kejutkan kita hehe

2)kini solat semua berjamaah..rasa berpahala la sikit yerk :)

3)bangun pagi kepala terus pikir nak masak breakfast apa untuk si suami. kalau time bujang memang tak selalu breakfast pun huhu

4)bangun pagi ada extra task. iaitu nak kejut si suami ni. tapi task ni langsung tak membebankan malah menyeronokkan. lucu tengok gelagat suami sendiri hehe

5)pergi sekolah sesama sambil berpegangan tangan. waduh2 indah sungguh. apetah lagi lalu dalam taman ditemani burung merpati tengah2 jalan. bile kite lalu die terbang ramai2. ala2 macam dalam movie gituuu

6)makan lunch sesame. bawak bekal dari rumah. furzani dah jadi makin rajin masak. suatu improvement!

7)dulu time bujang iron tudung saja. sekarang tambah t-shirt and/or seluar si suami. menyeronokkan!

8)dulu laundry dalam 2minggu sekali je. sekarang boleh kata every week la. huhu banyak betul baju die ek :P

9)sebelum nak tido, si suami kiss dahi dulu. kalau tak, memang tak sah! hehe

10)kalau bunyi alarm telefon, boleh merengek2 kat si suami suruh bangun dan tutup hehe

apa2hal pun.. I LOVE U SO MUCH SAYANG


wassalam

Friday 18 June 2010

newlyweds~

salam semua..

alhamdulillah saya sudah selamat sampai di manchester
setelah 3 minggu cuti yang sangat memenatkan

hasil dari 3 minggu cuti tu..
saya sudah selamat menjadi Puan Furzani
hehehe goli la pulok

kisah lain2 akan dicerita kemudian hari ok
sekarang sangat jet lag dan penat
tapi nak jugak lawan..

ttyl~