BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 September 2010

FLS symposium~

salam semua..

entry ni tersangat lah basi kan
agak2 sebulan jugak la
maaf la yer..

so ingatkan saya pergi london untuk conference?
then a day after that, ada poster presentation pulak di faculty ni ha
nama event ni adalah faculty research symposium
semua 2nd year phd wajib bentang poster!
huhu

saya dan naqiu kene bentang la jugak..
gigih la masing2 keluar rumah pagi2 sebab acara tu 9am
tempat tu jauh

happy nak pergi symposium?

haritu pulak cuaca buat hal
dengan sejuknya, hujan nya, angin nya..
kami ni start la buka payung..
tetibe jadi cenggini

lawak betul!muke sedih payung die rosak hahahha

ha jom lah tengok sekitar event tu..

cik abe di interview oleh org tentang poster nya :)


event ni the whole day
9am-5pm
tapi kami cabut awal sikit dalam pukul 4pm
sebab saya penat sangat2..
penat di london tak habis lagi dah kene kerah tenaga kat sini pulok
huhu

apa2pun seronok la jugak event2 macam ni..
the next day nya, nik (kawan dari sheffield) datang visit..

kalau rajin saya post lah gambar hehe
:P

last sekali..

gedik tak nak ber 'mrs'?

wassalam

Imperial College London~

nama ayah saya awak salah eja :P


salam semua..

ni baru terhegeh2 nak update pasal pergi london baru2 ni..
untuk attend Plastid Preview meeting 2010
meeting ni adalah bertujuan untuk young post-doc and phd students present work masing2
saya sepatutnya present tahun ni, tapi kesilapan teknikal sikit, saya buat tahun depan je la huhu

saya dan beberapa budak lab pergi sekali
bertolak pada pagi rabu
balik manch petang khamis
accommodation disediakan

kami sampai london lebih kurang lunch time
so lepas dah register and ambil key untuk bilik
kami pergi makan!

biasalahkan kalau kat tempat orang ni, susah la nak cari nasi
jadi makan makanan omputih je laaaa

tuna melt panini

uish memang sedap betul la panini ni
selalunya tuna melt camni die letak tuna yang biasa je
ni siap ada rasa pedas2 sikit
memang sedap la..habis i makan tau huhu

then, mule lah meeting tu sampai ke petang..
usually malam tu ada conference dinner
jadi kami pun pas meeting, balik bilik kejap, siap2 cantik2 untuk pergi dinner

jom kite tengok bilik..

dah siap cantik2..cantik x?hahahha

masuk2 je bilik nampak ni..en-suite room

toilet

bilik yang bersepah

nak gi dinner tu kene naik tube ke tempat lain
budak2 lab yang lain dah pergi awal2 sebab nak minum2 kat pub dulu
saya tak ikut la sebab saya minum jugak tapi tak minum di pub la hehe

nasib ade sorang budak pakistan ni
die ni visiting student kat manch for 6months
jadi ke mana saja die tag saya je lah
naik rimas pun ada sometimes

tak tahu la pulak malam dinner tu ada game football newcastle vs chelsea
lawan di stadium chelsea pulak tu
stadium tu pulak adalah di stop yang sama dengan restoran nak gi tu
aduhaiiii
ramai gile..

kami siap sesat2..
yg budak pakistan ni bukan nak menolong..
menyusahkan lagi adalah
sabar je lah..
tak tahu nak luahkan kat sapa, call naqiu and cakap2 ngn die
merajuk dengan budak pakistan tu huhu

kami balik agak lewat dlm midnight baru sampai bilik
sampai2 je washup then bum terus tido
eh tak2..calling2 dengan naqiu dulu sampai tertido haha

al-maklumlah..sejak kawen ni, ni 1st time berpisah..
mane tak keruan nya..
ngade2 je lebih haha

esok paginya kami gi bekpes dalam uni tu jugak..disediakan oleh pihak tu
mmg byk la pilihan..
tapi ni yg saya pilih..

my feveret! (mushroom, scrambled egg, hash brown, bread)

pastu sambung meeting balik sampai lunch time
then gegas2 saya pulang manchester
sebab rindu bangat kat orang tu..

boleh tak..seharian saya tak makan nasi, rasa macam setahun tak makan nasi huhu
jadi dinner malam tu ditaja oleh incik naqiu..
yihaaaa

nasi putih+ayam masak kicap+salad..marveles!!!

a very great and memorable journey to london i can say..
but next time nak pergi lagi untuk visit kawan yang baru sampai
yeay!


wassalam

Friday 24 September 2010

cara2 nak buat chicken wrap~

salam semua..

harini kite buka kelas memasak
iaitu cara2 hendak membuat chicken wrap..
chef nya adalah....

ting ting ting ting ting

jom kite mulakan sesi memasak kite yer..

1)ambil tortilla wrap dan panaskan dalam kuali sekejap je..supaya lembut sikit


2)letakkan butter spread dan sos cili/sos tomato/sos BBQ dan light mayonnaise


3)sapu semua2 tu atas wrap tu sehingga sebati


4) letakkan boneless ayam yang telah digoreng kat atas wrap tu


5) letakkan lettuce sekali


6) tomato pun sekali kan lah


7) now time to wrap..agak complex tapi gulung je la macam biasa



8) kalau nak bagus, wrap sekali dengan foil supaya senang nak simpan dan makan di kemudian hari


DAH SIAP!
sedaaappppppppp..
cuba lah..kalau dah boring makan nasi tu huhu


wassalam

Research symposium~

salam semua..

hari ni adalah faculty research symposium
semua 2nd year phd wajib present poster
jadi saya dan naqiu wajiblah buat..

apa yang menarik nak diberitahu nya
at the very same event last year, kami bertemu!
hehe

how amazing..
tak sampai setahun berjumpa, kami dah kahwin
hihihi
alhamdulillah

oklah kami dah lewat ke sana tu
nanti update later~

wassalam

Tuesday 21 September 2010

bye semua~

salam semua..

esok saya akan pergi imperial college london untuk meeting
saya pergi 1 malam
balik petang khamis nanti

kali ni pergi tak ditemani naqiu
waaaaaaaaaaaaaaaaa

takpelah..
sayang suami ditinggal-tinggalkan
hehe

oklah nanti update later
doakan semua selamat k

wassalam

Monday 20 September 2010

makan oh makan~

salam semua..

entry ni hanyalah makanan semata2 yer..
bagi sesiapa yang puasa 6 syawal tu..sila jauhkan diri anda haha

takdelah gitu
makanan dlm ni bukan nampak sedap sangat pon

so tak payah la nak meleleh air liur
gituuu hehe

baru jap tadi sementara nak tunggu buka puasa..
duk buat la adunan cookies choc chip ni
apparently, naqiu ni suke makan choc chip cookies
buat dalam satu batch je, pastu masuk waktu..

pas dah makan sure la malas dah kan
jadi saya pun dapat satu idea ni
ting!

time di US dulu, saya selalu beli cookies dough ni


yang best nye cookies macam ni, kalau nak bake, just potong je
jadinya cookies tu nanti sama size je..tak ke cantik gitu..

oleh itu, lebihan dough saya tu, saya wrap ala2 mcm kat atas ni ha
tapi naqiu cakap dah macam rupa kebab dah huhu
*aii lapar lagi ke cik abg oiii?*

jenama terbaru (F&N Cookie dough) hehe

ha molek tak?
kire esok2 nak bake, just potong dan bake
mudaahhhhh

semalam buat ni ha..

mini murtabak *blur lah pulak*

haa..ok sikit

bahan semua ada..plus boring hari ahad kan
nak keluar rumah, duk ujannnnn je kat luar tu
semua terbantut..
oleh itu, terhasil lah mende alah ni
pakcik naqiu puji sedap! hihihi

then, time ramadhan haritu
kami dah boring makan nasi..
oleh itu, makan yang non-nasi la alamatnya..

pau sambal goreng@burger mini malaysia@apa2lah korang panggil

rupenye sangatlah tak menawan
tapi rasa tu boleh la jugekkk

pasta bake campak2

instant pizza

ha itulah menu iftar kami di suatu hari
pau goreng sambal + pasta bake + pizza..
dah macam orang putih dah
tapi kulit tak putih2 gak
haha

then,bile tengok daun pandan banyak bebenor..
terjadilah mende alah ni

kueh bakar pandan

disebabkan warna hijau itu solely warna pandan
maka rasa sedap dan bau pun wangi
kalau setengah org jual tu, bubuh pewarna je lebih..

dan juga..mende alah ni pun terhasil..

onde2 melaka@buah melaka

makan yang ni kene berhati2..
silap gigit, terpancut air gula nya
so nak safe, masuk semua dalam mulut..
huhu *tapi tak sopan sgt yer anak2*

dan terakhir sekali..

makanan ni adalah yang selalu di order bile pergi makan kat restoran lotus
restaurant ni restoran malaysia yang halal
so seronok laaa

mee goreng mamak die memang lagi best dr kat mesia huhu

nasi goreng pataya yang bulat penuh dgn nasi dan lauk2

overall mmg puas hati kalau makan di kedai ni
tapi tu dulu yer..
baru2 ni try balik kedai ni, hampeh!
dah tak sedap sangat..kuantiti pun dah sikit
terus tobat taknak gi dah
huhu

ok habis dah penyeksaan makanan kite pada harini
akan disambung..
eh mesti laaaaaaaaaaaaaaa *ok ni monolog dalaman*


wassalam

Sunday 19 September 2010

outdoor photoshoot 8.6.2010~

salam semua..

oleh kerana entry ni banyak sangat gambar..
so saya tak nak tulis panjang2 lah k..

jom check them out~