BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 17 April 2011

last weekend~

salam semua..

fuh ni entry basi ni..tapi takpelah..layan je lah yek..

pagi sabtu haritu, pagi2 saya gi main badminton dengan kawan2 lain
tibe2 ada sorang ni ajak ber-bbq sebab cuaca cantik sangat!
so dengan bbq tergemparnya, ayam baru nak marinade,ayam baru nak gi beli, baru nak call2 orang etc
tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar and sangat best..

eh..dah ada 2 orang anak dah?

ni geng tukang bakar

kitaorang start bbq dalam pukul 2pm and habis dalam pukul 6pm
balik rumah tu, masing2 melepek je sebab penat
tapi penat yang berbaloi hehe

hari ahadnya pulak
tak tahulah hantu masak mana yang datang ni
tetibe nak main masak2 pulak
oleh itu..

nasi lemak dimakan dengan honey-glazed chicken wings

bubur cha-cha

orange cheesecake

ha buat apa ni?teka..teka..

tak tahu lagi ke??

kuih tako/tepung pelita laaa..

yang lawaknya, ade ke naqiu panggil kuih ni kuih bathtub?
apekah??
nasib baik rupe2nye die ni gemar kuih ni
awat la tak habaq awal2, boleh la saya masak dari zaman dulu kala hehe

dah makan, perut dah buncit hehe
kite pergi berkebun kejap kat luar

saya sebagai plant scientist-to-be sangat malu melihat orang memakai glove untuk bercucuk tanam..oohhhh

kitaorang beli seeds from asda je..
ada spring onion, reddish, carrot etc
kalau sow dalam april, boleh harvest dalam june/july..
tu pun kalau menjadi lah hehe


wassalam

Monday 4 April 2011

selamat bersara, babah~

salam semua

entry ni khas dibuat untuk babah ku sayang :)
---------------------------------------------
salam babah,

zani nak ucapkan selamat bersara pada babah ku sayang! (ini bukan aksi membodek yer)

zani mewakili anak2 dan menantu2 babah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat pada babah selama babah berkhidmat pada kerajaan, masyarakat dan family kita.
kalau nak list down kan jasa2 babah, fuuhhh crash down la blog ni nanti..
tapi suka zani nak cakapkan juga apa yang babah dah buat untuk kami sehingga kami ke tahap yang sekarang ni..

babah dari dulu, menebalkan muka, bersungguh-sungguh untuk bagi zani masuk MRSM. sampaikan zani merungut yang zani rasa zani masuk MRSM bukan sebab kepandaian zani, tapi sebab babah guna kabel hehe tapi now i know yang babah sanggup buat apa saja untuk bagi the best education pada anak2.plus babah kan kerja MRSM dulu.so babah surely knew back then what MRSM education could give to me.

sekali lagi babah menebalkan muka time mintak zani pindah ke MRSM Jasin sebab zani tak suke duduk di MRSM MZMS tu atas sebab2 yang tertentu huhu. lagipun Jasin tu dekat lagi kan dengan rumah kita.senang tak payah berulang alik berjam jam.

time dapat result SPM tu,babah call zani time zani tengah PLKN. from your voice, zani tahu result zani tak berapa bagus dan babah sounded sooo dissappointed. sorry babah :(

atas sebab tu lah,zani berazam since then untuk tebus balik semua tu dengan ikut perancangan babah and mak. time dalam PLKN, babah dengan bersungguh-sungguhnya usaha supaya zani dapat pergi interview MARA.babah sampai siap call kem komandan untuk uruskan transportation untuk bawa zani ke tempat interview MARA di melaka.terima kasih babah :)

alhamdulillah zani dapat buat degree di US,semua atas doa babah dan mak.walaupun first choice zani adalah australia, tapi Allah tahu US yang terbaik.di situlah my turning point dalam hidup ni.alhamdulillah. zani ingat lagi, kite pergi shopping beli baju2 winter di jalan TAR di KL.kedai tu mahal sangat tapi sebab tak nak zani mati kesejukan, babah sanggup bayar harga baju2 tu nak cecah ribu riban jugak lah.aduhai...nasib baik kite tak makan maggi je lepas tu hehe

bile zani di US tu, zani memang aim supaya nak abiskan degree dalam masa 3 tahun,instead of 4 tahun. sebab kalau tunggu lagi lama, takut mak babah sakit dan tak larat nak datang tengok kakak grad.sorry sangat2 sebab zani agak demanding tapi zani nak mak babah saksikan yang zani dah berjaya! lagi satu, zani memang dah cakap pada diri yang zani nak hadiahkan segulung ijazah untuk babah mak. cliche kan? eh biarlah..

babah memang father figure untuk zani.zani nampak macam mana babah bekerja kuat untuk kesenangan in the future.sebab tu lah zani dari first year lagi dah kerja part-time untuk kumpul duit untuk bawak mak babah datang tengok zani grad. tapi out of your generosity, babah angkut satu family datang ke US. i am very sure yang abang and adek can't thank u enough for giving them this opportunity. thank u babah :)

babah ni sangat penyayang.babah nampak yang lepas degree tu,zani rindu sangat nak duduk dengan family di malaysia.babah pun tak kesah zani nak terima ke tak tawaran sambung belajar di UK. tapi sebab sambung belajar ni impian mak, mana mungkin zani nak hancurkan (wah terkeluar ayat seberang). zani ingat lagi kata-kata babah, "babah dan mak tak dapat belajar sampai doctorate, anak2 pun jadi lah" aduh...

babah lagi sekali menebalkan muka pergi menghadap KP MARA untuk merayu pinjaman untuk zani sambung belajar.alhamdulillah dapat juga...

again, babah and mak sanggup belanja besar untuk teman zani, hantar zani ke UK.mula2 tu zani rasa tak perlu, tapi dengan adanya babah and mak, zani dapat rasa selamat di bumi asing ni yang bagi zani kolot sikit la haha as usual mak duk menangis lah kan bila mak nak balik malaysia lah.bila nyer yang mak tak menangis.time hantar zani masuk asrama tingkatan 1, time hantar ke US, time hantar ke UK, time zani kahwin pun nangis..ish3...kememeh lah mak ni :P

lepas tunang dengan naqiu ni,bile dapat tahu die attach dengan UniKL melaka, babah pun memberi nasihat yg sangat wise iaitu apply untuk skim tindikan tu dekat UniKL melaka.again babah lah yang buat semua perkara tu, call orang sana sini and only God knows what else you did, babah.

kalau nak cerita pasal pengorbanan babah time majlis perkahwinan abang faizal dan zani, fuh makin berjela-jela la nampaknya.babah memang tak kedekut dan sanggup all out, walaupun kami tak minta pun. zani nak minta maaf sangat2 sebab untuk majlis zani tu, zani dapat balik seminggu awal je.zani tak dapat tolong banyak benda..tapi seeing babah and mak very happy time zani and naqiu nikah, zani rasa zani dah buat benda yang baik. lagipun kan penyatuan ni membuatkan babah bersatu balik dengan kawan sekolah babah dulu hehe

yang zani paling sedih bile zani call rumah mengatakan akan ada rombongan meminang, babah ingat tak babah cakap apa? babah cakap "babah tak puas lagi bela zani" waaaa..

untuk abg faizal and kak nadia, zani lagi nampak pengorbanan babah untuk mereka.it was a long story tapi alhamdulillah mereka dah pun settle down di UK ni..bagi pihak mereka, especially abg faizal yang agak panas baran tu, zani nak minta maaf kalau ada apa2 yang terkasar, tertinggi suara..zani rasa marah sangat kalau ada orang yang cuba nak marah2 babah, kurang ajar kat babah.memang siap la orang tu!

akhir kalam, thank u for everything babah..hanya Allah yang mampu beri reward yang setimpal dengan jasa babah :)

yang sangat bangga ber binti kan babah,
Furzani binti Pa'ee


wassalam