BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 9 May 2010

kasih ibu bawa ke syurga~

salam semua..

nak bagi warning dulu..entry ni bakal melelehkan air mata anda kalau di baca dengan mata hati :)

---------------------------------------------------------------------------------

saya baru je lepas baca berita2 di harian metro online
sangat mengejutkan apabila ada 4 kes yang melibatkan seorang ibu didera anaknya sendiri
meh saya bagi rumusan je la yer..nak post kat sini panjang la sangat pulak

Kes 1:
seorang ibu yang tumpang duduk di rumah anak dan menantu nya setelah kematian suami
sejak itu, die selalu sakit2 dan pening kepale dan sakit2 badan
menantu die bawa pergi jumpa bomoh dan bomoh cakap ibu ni bela hantu raya
ibu ni cakap memang die tak bela tapi anak dan menantu tak percaya
beginilah bile bomoh lagi dipercayai dari ibu sendiri
ibu tu dikurung selama 6 bulan..makan 1kali waktu pagi dan 1kali waktu malam
suatu hari, anak cakap pada ibu kononnya nak bawa pergi berubat, tapi rupa2nya dihantar ke pusat jagaan orang tua..
bile diinterview..ibu tu cakap.."Hanya Allah tahu perasaan saya, tetapi saya selalu berdoa semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan saya sedia memaafkan mereka"

Kes 2:
Seorang ibu dan ayah yang terlalu sayangkan anak dia(lelaki)
telah diberitahu oleh bekas menantu yang anak die tu terlibat dgn dadah
tapi sebab terlalu sayangkan..tak pula percaya kata2 bekas menantu tu..
suatu hari anak die tu tgh bawah pengaruh pil kuda dan dgn tiba2 menyerang ibu tu dengan sebilah pisau
ibu yang dah tua ni berusaha jugak nak melawan dengan menahan gunakan tangan sendiri
ibu tu kene 15jahitan..ayah tu pula dipukul dengan kayu besbol sehingga ibu dan ayah terlantar di hospital selama seminggu
lepas kejadian tu, anak die tu masuk penjara sebab dadah ni..
apabila diinterview..ibu cakap "Sempena Hari Ibu, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga Zul insaf sebaik dibebaskan dan sebagai ibu, saya sentiasa memaafkannya walaupun parut di lengan masih berbekas"

Kes 3:
“BIAR kau mampus cepat, orang tua!”
ada ke patut seorang anak cakap camni pada ibunya?
semua ni gara2 apabila anak yang dibawah pengaruh dadah minta duit rm100 pada ibu
ibu enggan beri sebab tahu akan digunakan duit tu pada dadah
dengan tiba2, anak tu serang ibu dari belakang, naik belakang ibu tu, tarik rambut dan hantuk kepala ibu ke lantai bertalu-talu
rayuan ibu supaya berhenti tak di endahkan
sampai lebam2 muka dan hidung..sampai hidungnya berdarah..
nasib baik suaminya balik time tu dan selamatkan ibu tu..
anak tu larikan diri dan pulang ke rumah seminggu kemudian..
reaksi ibu? .....masih menerima anaknya itu
sekarang anaknya kerja di KL dan pulang waktu raya..
reaksi ibu?...masih jugak terima anak tu..
pelik tetapi benar

Kes 4:
Ada anak lelaki tiga orang..tapi ibu ni tetap tak dihiraukan..
akhirnya si ibu mengambil anak angkat perempuan dan menjaga dr kecil sehingga besar..
tapi..anak tu dengan selambanya meninggalkan ibu tu di perhentian bas cam tu je
bayangkanlah si ibu tu menjerit2 panggil nama anak tu, tapi anak tu cepat2 pecut kereta..
jahat punya anak!
kata2 akhir ibu tu?
"dia sudi menerima semula mereka biarpun selepas apa mereka lakukan terhadapnya kerana baginya, mereka itulah hartanya di dunia dan akhirat."

--------------------------------------------------------------

To my dearest and my only mak :)

kakak minta maaf semua salah silap dosa besar dosa kecil kakak pernah buat kat mak
mak pernah gaduh dengan kakak
mak pernah nangis sebab kakak
mak pernah sakit hati dengan kakak
ape lagi yang mak tak pernah?

we had this conversation yang mana mak cakap bila dah tua nanti mak suruh hantar je ke rumah orang2 tua
and i said from the most bottom of the bottom of my heart yang kakak nak mak duduk je dengan kakak..walopon kakak nampak bergurau, tapi kakak memang serius ni mak tau..
kalau suami kakak tak izinkan..kakak akan pujuk die jugak..(time tu tak tahu lagi siapa la suami kakak nanti kan)
tapi mak bakal dapat menantu yang sangaaatttt baik..terlalu baik, mak..
dan yang penting, die memahami ajaran islam more than we do..so insyaAllah kebajikan kita semua terjaga dan semoga kita semua boleh menarik ahli keluarga ke dalam syurga sama2 insyaAllah..
tak salah pilihan mak, babah dan kakak kali ni..sungguh indah dan tenang hati ni bila jodoh pilihan Allah dituruti..

Mak dah banyak tolong kakak dalam menempuh hidup ni..
akak ingat lagi bile dapat offer MRSM, mak listkan pros and cons masuk MRSM..
tapi nampak sangat mak bias suruh kakak masuk MRSM tu hehe
bila kakak dah masuk..teman tidur mak tu(babah ler) cakap tiap2 malam bantal mak basah hihi
mak sanggup ulang alik muar-muadzam shah hujung minggu semata2 nak jenguk kakak..

dah habis SPM, kakak dapat offer pergi US..
punya la mak happy..since then kakak dah cakap dalam hati
"kakak nak bagi segulung ijazah pada mak sebagai nak balas jasa"
since course kakak tu 4tahun..rasa lambat sangatla pulak nak bagi ijazah kat mak kan..
jadi kakak sanggup cepatkan course tu dari 4tahun ke 3tahun saje..sbb dah tak sabar2 nak bagi ijazah kat mak ni..nak tengok mak happy :)
ternyata BSc in Biotechnology (High Honors) memang sangat berbaloi..tapi kakak sedar..
tak cukup pun nak balas jasa mak semua dgn ijazah je..jadi bila mak dtg utk graduation kakak..kakak belanja mak sesetengah perkara..sebab kakak dah kerja cukup2 dan kumpul duit nak belanja family yang sanggup berhabisan duit utk dtg US..

oh bile kakak di hospital utk surgery tu..mak sanggup tidur dan teman kakak malam2 di hospital
dahla tidur dengan tidak sempurna..kakak pulak mlm2 setiap 2jam kene bangun gi toilet..
takleh bangun sorang2..terpaksala kejut mak..ada satu kali tu..mak lena sangat..kakak panggil mak tak dengar..
kakak takleh bangun..kakak try jugak..tp sakit sangat..so kakak terpaksa pakai kaki kakak utk kejut mak..percayalah mak..sedih dan rasa bersalah sgt guna kaki kt mak camtu..kakak minta maaf yer mak ..

kemudian bila dapat sambung PhD terus..apa lagi..mak lagiiii la happy kan..mak lagi excited dari kakak hehe kakak macam takde perasaan pun apa2..tapi when i knew dengan terima offer ni akan buat mak happy..kakak pun terima lah..tp mak jangan salah paham pulak..
kakak sambung belajar ni utk cari keredhaan Allah..dan keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa jugak kan?

alhamdulillah kat sini kakak bertemu jodoh kakak..
babah pernah cakap "rasa tak pernah puas lagi bela kakak..tup tup dah nak kahwin"
im sure mak pun rasa macam tu kan? tak pe mak babah..u r doing the right thing..
dlm Islam ni..ada 3 perkara yang tak patut dilengahkan:
1)masuk waktu solat, kene cepat terus solat
2)jenazah yang sudah siap, kene cepat terus kebumi
3)anak perempuan yang sudah baligh dan bersedia, kahwinkanlah mereka

apatah lagi kakak disunting oleh seorang lelaki menepati ciri2 pasangan seperti nabi ckp dlm hadisnya:
1)agamanya - insyaAllah die ok bab ni
2)hartanya - ade ni insyaAllah
3)baik paras rupa - eh hensem tau die ni mak hehe
4)kelurga baik2 - babah pun kenal papa naqiu kan

anyway..sempena hari ibu ni..kakak nak cakap
kakak sayanggggg mak sangat2..no one can replace you
kakak tak sabar nak habis belajar dan duduk dekat dengan mak
dah tak larat nak menahan homesick bila tengah2 sakit ni
i know sepanjang hidup kakak ni banyak dah kakak mintak mak..
but i have this one request..
Please dont stop loving me yer mak :)

I LOVE U~

wassalam

1 cakap-cakap:

mek yue said...

nicely written pujen... nothing can change mom's love and nothing can change our love to them as well..insyaAllah... sebak aku baca..huhhh